Want your
own Fotopage?


















 
Ajil's Fotopages: Bukan Sekadar Blog...
Photobucket
By: Muhammad Nazril al Aajily

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 2-Jul-2008 14:46 Email | Share | Bookmark
Tolong~ Pencurik!!!

Tolong~ Pencurik!!!


Umah aku tengah renovate. Tu pasal bersepah. Kalau tak renovate tak lah bersepah. Tapi aku bukan nak citer pasal umah aku bersepah.

Hari Ahad lepas, family aku sume pegi shopping beli lampu.
Nak letak kat porch baru. Porch baru, kenalah ada lampu baru.

Lepas shopping, kitorang balik umah.
Sampai umah, bapak aku berenti kereta depan pagar umah kitorang.
Sume orang pergi shopping tapi kat halaman rumah ada orang.
Ada budak tengah terhuyung-hayang angkat kepala valve paip yang diperbuat daripada besi yang beratnya sekampit beras.

Paip tu bapak aku punya.
Tapi seingat aku takde pulak adik-beradik atau sedara-mara rupa macam mamat tuh.

Abang aku turun dari kereta.
Panasss...
Minggu lepas ada orang nak kopak kotak Givi kat moto dia depan mata dia.
Hari ni ada budak nak cilok kepala paip besi galvani dengan berani di siang hari.
Hangin dia sudah mari...
Seingat aku, bapak aku bengis, tegas dan garang.
Tapi hari ni bapak aku cool aje. Abang aku pulak yang garang.

Abang aku jerkah dia.
"Hoi, ko nak bawak pergi mana tu?"
Budak tu tergamam, menggelabah, dan cuak.
Kalau aku jadik dia pun aku cuak.

Abang aku marah dan maki hamun tanpa henti.
Marah kat dia, lepaskan sekali marah minggu lepas sebab ada orang nak kopak moto dia.
"Ooo.. selama ni kau lah yg mencurik barang2 yg banyak hilang kat umah ni!..."

Dengan muka cuak, budak tu merayu dengan muka kesian...
"Bang, sumpah bang yg itu bukan saya buat. Saya first time datang sini, bang..."
"Saya insaf ni bang.. Tolonglah bang.."
"Kalau abang nampak saya datang lagi, abang belasahlah saya bang..."
"Tolong bang, pasni saya tak buat lagi..."
Pastu dia duduk, main pasir construction. Dah cuak, tak tau nak buat apa, main pasir.

Malam tadi birthday anak sedara aku. Aku jadik photographer event.
Bapak aku teringat dengan skil fotografi yg aku ada dan terbatas itu, lantas mengarahkan aku ambik gambar dia.

Klik! Klik! Klik!
Tak pasal-pasal aku terpaksa jadik reporter.
Bapak aku cakap: "Pasni kita hantar muka dia masuk akhbar sinar harian"

Budak tu cuak. Bangun, terus cabut lari.
Abang aku rilek je.
Pegi la lari, kalau ko tak lari pun kitorang tak tau apa nak buat dengan ko.
Pasni, kitorang nak upload gambar ko kat blog, tampal kat surau, masjid, dan kedai runcit.





Tapi...





Citer ni belum abis kat sini...





Semalam, bapak aku print gambar dia yang aku dah photoshopkan supaya clear dan terang.
Lepas tu, bawak pergi ke surau.
Imam surau tengok; "eh, aku kenal budak ni. aku pernah tangkap dia kopak rumah umno kat depan sana"
tetiba, budak tu lalu depan surau.
panjang umur. murah rezeki.

Pak Imam tu turun, panggil dia.
"Dik, jom kita solat sekali"
"Tak nak lah pakcik, seluar saya kotor ni," baik je dia menjawab.

"Eh, marilah sini kejap." pak imam tarik dia bawak pergi anjung surau. "Aku nak tunjuk ko sesuatu nih"
Wah, ada kenduri ke? mungkin itu kata budak tu dalam hati.

"Ko kenal tak budak dalam gambar ni?" Tanya pak imam.
Budak tu tengok muka dia dalam gambar.
Pastu geleng kepala.
"Tak, tak kenal"
pergh, tak kenal muka sendiri.

Pastu bapak aku tampil ke depan.
"Eh, ko kenal tak muka aku ni"
budak tu tergamam. menggeletar. cuak.
Muka sendiri dia tak kenal.
Muka pakcik haji yg baru jumpa kali kedua, dia boleh ingat plak.
Tanpa berlengah, dia buka langkah seribu.
Semua jemaah surau yang sedang lepak-lepak depan surau (apa kejadahnya lepak depan surau) turut tergamam.
Sah. Dialah pencurik. Pencurik yang bodoh.

Esok subuh, gambar kat papan kenyataan surau dah hilang.
Orang kampung sumer tak perlu upah penyiasat persendirian mahupun laporkan kepada Detektif Conan untuk mendapatkan jawapan siapa yang punya angkara.

Abang aku sekadar tersenyum sinis.
Puas.
Sebab budak tu tak tau.
kat kedai runcit kampung, ada satu lagi poster A3 dah tergantung malam tadi.
Dan pak imam yang pulak sanggup sponsor ganti poster hitam putih kat surau tu dengan printer bercolour.

Aku pulak tak puas hati macamana hasil gambar DSLR aku boleh blur dan kelam.
Kamera dah mahal.
Hasil tak memuaskan.

Bapak aku pulak sibuk berdebat dengan persatuan penduduk, menentang.
"tak payah... kita tak tak payah pasang cctv."
"kita beli dslr."

Tumpang iklan....

Sesiapa yang memerlukan khidmat kami, bolehlah hubungi kami untuk servis-servis berikut :

Wedding Planner
Pelamin
Katering
Kanopi
Andaman
Fotografi
Kad Kahwin
Paper Bag
Banner

012-6545986 ( Fazril )
012-6016246 ( Fieza )

email : krafbonda@yahoo.com

http://krafbonda.fotopages.com
http://krafbonda.slide.com
http://www.flickr.com/photos/krafbonda

Kami juga ada menyediakan PINJAMAN PERIBADI kepada bakal-bakal pengantin. Untuk keterangan lanjut sila hubungi kami.

Terima kasih tuan rumah......
Thu 3-Jul-2008 01:27
Posted by:krafbonda krafbonda@yahoo.com.my
Tumpang tuan rumah

Assalammualaikum semua,
Bagi mereka yg sedang mencari Bunga Pahar, Gubahan Hantaran, Souvenir utk Majlis Perkahwinan, Pertunangan dan lain-lain

Tempahan masih lagi dibuka sepanjang tahun ini.....Murah sahaja sesuai dengan budget anda...

Jengah la:
http://norziziezyanie.fotopages.com

Gubahan Hantaran | Sirih Junjung | Bunga Pahar | Gift Door | Acar Buah

Thu 3-Jul-2008 02:05
Posted by:Zilah  - [Link]
▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄

BERITA BAIK!!!
Mari kawan-kawan, kita baca majalah secara percuma!

MACAM-MACAM ADA:-
+Majalah PC ada,
+Mangga ada,
+Ujang ada,
+Mastika ada,
+Initial-D ada,
+Majalah-i ada,
+Roda-Roda ada,
+InTrend ada,
+Hype! ada,
+Gila-Gila ada,
+Dara.com ada,
+Majalah Apo? ada,
+Majalah Gempak ada,
+Majalah Utopia ada,

dan banyak lagi..penat nak taip!!!

Masuk sini= http://majalah-percuma.blogspot.com/

▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
Thu 3-Jul-2008 03:16
Posted by:wing hin
patutnye pencurik mcm tu belasah cukup2, pastu antar balai...

Entry terbaru PixCursor: Artikel "Kenapa Aku Anti WEDDING PHOTOGRAPHER…?" pasti menarik..

PixCursor
afizudin | 013.256.5451
pixcursor@netcursor.com
http://www.pixcursor.com
Thu 3-Jul-2008 09:34
Posted by:PixCursor pixcursor@netcursor.com  - [Link]
citer ko memang menarik ar bro..

muka cam baik, tapi tangan panjang..

kalau kena kat orang takde hati perasaan, mau lembek kena dia nih
Thu 3-Jul-2008 14:17
Posted by:pelancong fotopages  - [Link]
sian tengok adik ni. Bukan kesian apa cuma terbayang bagaimana keadaan keluarga dia ni sehingga menjadikan diri adik ni tak terurus. masih muda dan masih dalam persekolahan lagi budak nih. Remaja
cam nilah yang banyak LIAr pada zaman ini.
Fri 4-Jul-2008 01:22
Posted by:dOd  - [Link]
ciannyer.... sempat lagi ambik gambar Fri 4-Jul-2008 06:46
Posted by:Eayda eayda_little_stars@yahoo.com  - [Link]
Update aku kalau budak nih mencurik lagi. eh ko tak hantar kat Kosmo ke hahhaha. Fri 4-Jul-2008 07:03
Posted by:Kaye Ridzuan  - [Link]
haha!! ni citer terbaek nih..haha Fri 4-Jul-2008 22:35
Posted by:en. fadhlan;)
haha menarik giler citer ni cool2.

[re]skrg keje kt hijjas sama la kita ek lama xupdet.
Fri 11-Jul-2008 13:55
Posted by:alynnsaripuddin  - [Link]
ehhe realke citer ni ..mcm siri lawak jenaka jer..ehhe, tp ape pn menarik cite nieh Mon 28-Jul-2008 17:47
Posted by:janet
hahaha.. serious klakar crite ni. kalau x yah beli cctv, dan ada dslr, kene upah pakcik jaga yg tahu pakai dslr la. huhu.. Tue 29-Jul-2008 16:55
Posted by:deynarashid deyna_87@hotmail.com
seronok akak membacanya... akak pun nak beli dslr la...panjang skit 'muncungnya' nak nangkap gambo bebudadk ponteng skulah & bertenet atas moto lepas balik skulah dekat kawasan perumahan ni... sakit mata oiii!! pehtu tepek kat surau jugek.. Fri 1-Aug-2008 01:49
Posted by:misniaa  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.