Want your
own Fotopage?


















 
Ajil's Fotopages: Bukan Sekadar Blog...
Photobucket
By: Muhammad Nazril al Aajily

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Friday, 4-Apr-2008 16:03 Email | Share | | Bookmark
Aku dan "iPhone"ku



saje nak letak gambar ni...
credit to Kepep atas idea dan kebijaksanaan mencari model yang sesuai

dah lame aku x bukak fotopages nih....sekarang aku kembali.......kembali dengan harapan baru untuk aku dan juga harapan baru untuk Malaysia....... Mon 14-Apr-2008 22:49
Posted by:zai  - [Link]
aik.....demam pilihan raya pun cam selambe jer.....wahahaha.....xpela ko dah abes kan??? Sat 19-Apr-2008 20:49
Posted by:zai  - [Link]
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
♥♥♥ cari buku kanak-kanak???? ♥♥♥
http://bookabook.fotopages.com
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Have u ever book a flight?
Have u ever book a cinema?
Have u ever book-a-book before?
Well, now u can.. with http://bookabook.fotopages.com
Where u can sit back, relax and shop at your own pace in the comfort of your own house..
Sun 4-May-2008 07:28
Posted by:Mass masliza@ibzatech.com  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Tuesday, 18-Mar-2008 03:03 Email | Share | | Bookmark
Demam Pilihanraya 2008

 
 
Demam pilihanraya sebenarnya dah lama berlalu...
Dah lebih daripada demam, tsunami pilihanraya yang melanda Malaysia

Aku just nak share sedikit pengalaman aku...


ni jalan depan rumah aku kat sungai tua dapat tar baru...
Untuk UPU tempat aku mengundi (UPU Taman Jasa DUN Batu Caves) sejak pilihanraya 1994 lagi pembangkang menang undi, walaupun mungkin calon pembangkang kalah sebab UPU-UPU lain rendah...
Kali ni, memang BN nak ambik hati kami para 'pembangkang' ni... bagi jalan tar baru... hahaha
Sudahnya, DUN Batu Caves yang selama ni dimenangi calon India BN kalah pada calon Melayu PKR...
Bukan itu sahaja, seluruh Selangor jatuh pada pembangkang...
Seronok la orang-orang kampung aku, dah la dapat jalan tar baru, calon pembangkang menang plak tu... hai, politik... politik...


Ni bukan gambar saya, tapi vest yang dia pakai tu vest saya...
Saya takde baju yang memaparkan logo parti politik, jadi saya pakai vest komiti KONSIS saya, hehehe
Harap-harap ustaz Fadhil tak marah sebab ada geng KONSIS kempen pilihanraya pakai baju KONSIS, muahaha...
Sebab takde Parti Mahasiswa Negara, dapat jadi parti KONSIS pun jadilah, hehehe

mahhhuuuuuuuuuuuuuuuk Tue 18-Mar-2008 07:32
Posted by:kepep  - [Link]
kempen punya pasal ye... haaaraaaapppp sangat tak ada kesan sampingan Tue 18-Mar-2008 22:38
Posted by:maryam
jom pakat join flickr for kaedians sementara kaedians.org x dapat berfungsi, just regist guna yahoo main password x yah isi borang panjang2 - ajak ramai2 jom ; kaedians only ; by invitation http://www.flickr.com/groups/kaedians/ Sat 29-Mar-2008 21:26
Posted by:archiprez
Add comment


Saturday, 15-Dec-2007 12:29 Email | Share | | Bookmark
Majlis pertunangan Safwan - Wan Afrah

Kedua-dua keluarga pasangan


Alhamdulillah pada 15 dis yg lepas saya berpeluang menghadiri majlis pertunangan Safwan dan Wan Afrah di Putrajaya
Ini merupakan urusan Bayt Muslim paling ekspress pernah saya dengar, hehehe
Mereka baru sahaja taaruf kira-kira 2 bulan yang lalu, hari ini melangsungkan pertunangan, dan bulan depan akan melangsungkan pernikahan di Melor, Kota Bharu Kelantan...

Afrah merupakan juniorku di sekolah (junior 4 tahun) tapi Safwan cukup merahsiakan siapakah bakal tunangnya (saya pun tak berapa suka nak deseak-desak dan tanya )
Sehingga apabila malam pertunangan, setelah melangkah masuk ke rumah bakal pengantin perempuan barulah saya menyedari siapa dia...

Sebenarnya Safwan sangat mengenali mak kepada Afrah (Makcik Ogy), sebab selalu pinjam LCD projektor dan kenderaan utnuk penganjuran mana-mana program yang biasa kami ikuti bersama...
Sehinggakan ada rakan yang membuat kelakar:
"Safwan rajin pinjam LCD projektor dengan kereta, sampai dapat anaknya sekali " hehe
Nampaknya mereka merupakan 'High Profile Couple' sebab selalu saja disebut-sebut dan dikenali oleh semua rakan walau di mana mereka berada...

Tahniah, Safwan... mudah-mudahan akan berakhir dengan satu pernikahan yang barakah...

amboi..pandai2 jer ajil buat ijtihad psal pinjam2 ni. aala kulli hal, jazakumullah khairon krn doa dan perhatian yg dicurahkan. sila lawat blog rasmi pernikahan kami... www.saffrah.blogspot.com Wed 16-Jan-2008 18:18
Posted by:afan
em.... sonok je tgk.... ingat ke ajil yang punye majlis.. Tue 22-Jan-2008 18:27
Posted by:mcnods mcnods@yahoo.com  - [Link]
Pusat Kursus Perkahwinan Geomatika
Lot 3-5-5,Lift 2, Tingkat 5
Prima Peninsular, Jalan Setiawangsa 11,
Taman Setiawangsa, KL
Berhampiran LRT Putra Setiawangsa
Tel: 012-2943040/012-6346533 : http://kursuskahwin.fotopages.com
Video Clip Klick>>: http://www.youtube.com/watch?v=ue 9LDzdqq8
Bayaran RM80.00/peserta>>>Hadiah Menarik dan rebet menanti anda untuk 10 pasangan terawal
Sila bawa salinan IC
Mon 10-Mar-2008 01:36
Posted by:wanie onenie_wanie@yahoo.com  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Thursday, 29-Nov-2007 03:20 Email | Share | | Bookmark
Dakwah ibarat Mendaki Gunung...



Dakwah ibarat Mendaki Gunung

Dakwah ibarat mendaki gunung
Tinggi puncaknya, luas kakinya
(Tinggi cita-citanya, kuat asasnya)

Dakwah ibarat mendaki gunung
Kita tahu ada puncaknya
Tetapi semasa mendaki, manalah nampak
Yang penting kita terus mendaki
(Kita tahu kejayaan Islam bakal menjelang)
(Tetapi manalah tahu bila masanya)
(Yang penting, kita terus beramal)

Dakwah ibarat mendaki gunung
Terasa gah tatkala puncak ditawan
Tetapi sukarnya untuk didaki, hanya Allah yang tahu
(Terasa seronok jika Islam dapat menang)
(Tetapi sukarnya nak capai kemenangan, hanya Allah yang tahu)

Dakwah ibarat mendaki gunung
Penunjuk jalan sudah jauh di hadapan
Kitakah harus mengejar langkah mereka
Kerana mereka tidak akan menunggu kita
(Para Rasul dan sahabat sudah memberikan teladan)
(Kita yang harus mengikut jejak langkah mereka)
(Dakwah cara mereka, bukan cara kita yang lembab dan slow!)

Dakwah ibarat mendaki gunung
Terjumpa rintangan, ada banyak lagi jalan
Pantang berundur, sebelum sampai ke puncak
Bekalan perlu dibawa, tetapi hendaklah dikurangkan supaya ringan
(Dunia hanyalah alat, jangan pula mengejar dunia)

Dakwah ibarat mendaki gunung
Hanya yang nekad dan tekad akan sampai ke puncak
Yang gagal bertahan, bukan sahaja akan terkandas
Malah akan berguling semula jatuh ke bawah...

Fri 28-Dec-2007 17:34
Posted by:mcnods mcnods@yahoo.com  - [Link]
salam ajil, ana ada postkan sajak anta ni pada ikhwah akhawat UK. derang sangat suke sajak ni. insyaallah derang nak buat video ttg sajak anta ni.. harap ok utk anta... Thu 10-Apr-2008 23:00
Posted by:aisyah z i_sya_z@yahoo.com
Add comment


Thursday, 29-Nov-2007 02:48 Email | Share | | Bookmark
Mukhayyam Generasiku 1428H

Berderap di Langkah Panjang
Solat di tengah belantara
Buluh
View all 7 photos...
Alhamdulillah, pada 14-16 November yang lepas kami telah berjaya menganjurkan Mukhayyam Generasiku bagi tahun 1428H
Selepas setahun tak bermukhayyam, tentulah aku seronok dan menjangkakan sesuatu yang menarik daripada mukhayyam kali ini...
Kelainan mukhayyam tahun ini ialah, lebih banyak aktiviti outdoor dan jauh lebih lasak kerana kami memanjat gunung pulak, hehehe...
Gunung yang menjadi sasaran kami ialah Gunung Nuang...

Inilah peserta-peserta brothers...
Malangnya mereka tak sempat sampai puncak sebab ada yang lemah mental, tak sanggup nak daki
Selepas pujuk, pujuk, pujuk... Akhirnya berjaya jugak kejar yang lain sampai Kem Pacat, final base before ke puncak


Yang mencabar ialah semasa pulang
Disebabkan hujan lebat, sungai menjadi sangat deras dan sukar diseberangi
Inilah ujian mental sebenar
Alhamdulillah berjaya jugak seberang, tapi jadual dah lari
Terpaksa menapak dalam gelap waktu malam sebab kandas di tepi sungai tadi petang

Tengoklah gambar tu
dah pakai flash pun air kelihatan mengalir sangat laju


Ini pulak sister-sister yang merungut kata dakian tak mencabar, selepas kami bawak ke kem pertama
Kami pun apa lagi, heret diorang sampai separuh jalan ke Kem Pacat
Baru mengah, menyumpah-nyumpah guide yang laju giler
Baru tergolek-golek diorang, sampai tersungkur-sungkur dibuatnya
Nasib baik tak cukup masa, kang sampai Kem Pacat kang, malu la brothers...

Ada peserta yang baru kali pertama sujud di atas lecak di tengah hutan
Baru terasa kemanisan ukhuwwah



Inilah dia 4 hero yang telah jadik ajk dan guide
Tak sia-sia bayar guide dua orang tu rm dua ratus lebih
Sebab diorang lah kami berjaya menyeberang sungai deras giler tu
Alhamdulillah, dengan izin Allah jua...

poyo la ajil...nie aku edit time xder kejer ler...ape kes Fri 30-Nov-2007 07:13
Posted by:kesumabiru kesumaterer@yahoo.com
thnx bro,stil kumpul material lg,jap2 lg ade la update baru,thnx,jumpe kt kaed nnt bole tegur2 thesis wt pe eh? Thu 6-Dec-2007 18:45
Posted by:enche' E r u l  - [Link]
ajil.....gamba yg tgh sujud tuh....nampak cam imam tgh kentut..... siap berasap lagi..... Sat 22-Dec-2007 05:25
Posted by:anden  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Monday, 22-Oct-2007 09:55 Email | Share | | Bookmark
Putrajaya 2

Exterior bangunan bulat
Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli
Salam belated Aidilfitri...

Hehehe, kepada yg dah berusaha meneka bangunan Putrajaya 1, itu adalah bangunan Kementerian Pertanian dan Sumber Asas Tani yang terletak di Boulevard Precinct 3..

Nak tau macamana rupa bangunan ni dari luar? Ha, yg macam ni....



Ada 4 bangunan dalam kelompok precinct 3 ni, dekat dengan Palace of Justice n bangunan Perbadanan Putrajaya...
Dari luar, memang nampak bangunan tu rupa macam tu, tapi kat podium menara tu ada lengkungan bulat dan kat tengah2 tu ada kolam air dan air terjun yg mengalir...
perghh... lawa beb... kalau kerja kat situ hari2 boleh turun lepak kat situ amik angin...

Ha, yg ni pulak gambar bangunan yg paling cantik antara yang empat tu...
Kementerian Gas dan Sumber Asli



Quote:

labusayung: kalo ko lupa muka aku tengok la gambar aku kat atas tu. still maintain macam tu sejak walaupun dah 2 tahun berlalu...
alynn: saya tetap tak terer macam alynn
ramzi: aku ingat doktor lagi sibuk dari akitek, akitek sibuk lagi rupa2nya...
afifxx: kepep aku dah update!
zai: salam perkenalan drpd budak akitek yg dah final year ni
faha: apsal dulu singgah tak tinggal komen n link ke fp ko?
impromptu photographer: bulat itu menawan
tya: bagi la chance liverpool menang pulak tahun ni
rhymeregim: aku bukan layan sangat music tapi baju hujan tu cantik.. bukan raincoat, tapi tshirt hujan yg ko pakai tu...
prince justice: putrajaya tu ada banyak lagi rahsia yg kita belum jumpa dan ketemui...
lensa: eh, aku amik terus drpd lensa kamera tu... tapi bukan kamera aku, kamera pinjam... aku dewa kamera pinjam, kamera sendiri yg ada kat handphone jer...
mcnods: hampir tepat jawapan mcnods tu... tapi kat depan palace of justice tu perbadanan putrajaya... ni bukan kat depan... dekat2 kat situ...

korang sume ni kerja kat putra ker? Tue 13-Nov-2007 03:45
Posted by:unnamed
kalo dtg putrajaya lagi calling2 la..bleh gi bowling,.. Wed 5-Dec-2007 10:43
Posted by:chalizee  - [Link]
em... slalu ana pegi putrajaya takde plak perasan ade entiti ini... atau pon ana yang kusyuk bekerja smpai tak nmpk entiti secantik ini... atau tak tau.... Fri 28-Dec-2007 17:31
Posted by:mcnods mcnods@yahoo.com  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Friday, 28-Sep-2007 07:52 Email | Share | | Bookmark
Putrajaya 1

 


Salam...
gambar kat atas ni aku amik kat Putrajaya...
kalau korang tere, teka kat mana aku amik gambar ni...
ha... ha.. jawab jangan tak jawab...

aku suka gambar ni sebab nampak keindahan senibina bangunan ni...
tapi area ni tak nampak daripada luar...
so, marilah mengenali putrajaya - selain gambar2 jambatan dan boulevard yang dah puas korang tengok!...
jom try test kemahiran korang pasal area-area kat putrajaya nih...

p/s:- lama giler dah tak update, sudah bertemu kembali dengan Ramadhan...
Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat kita, berbanding tahun-tahun sebelumnya...

Quote:
terima kasih pada yang sudi comment... teruskan usaha meneka bangunan apa, ye... heh heh...

aku rasa cam dah lama duk kat putrajaya, tapi xprasan plak ni bangunan yg mana satu. hmmm.. nway, cantik gambar ni.. Thu 18-Oct-2007 01:33
Posted by:PrinceJustice  - [Link]
apa apa pun,maaf zahir batin...

aku mungkin tidak dapat untuk meneka kat mana building ni,cuma aku ingin teka,gambar ni diambil bukan terus dari lensa kamera...mungking betul mungkin salah...

selamat hari raya ajil...
Fri 19-Oct-2007 02:02
Posted by:-lensa-  - [Link]
em.. kite tau kat mana.. kat depan ngan Palace of justice.. eheheh betul tak?? betul kan... Sat 20-Oct-2007 23:42
Posted by:mcnods mcnods@yahoo.com  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Tuesday, 18-Sep-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Ramadhan - Satu Titik Perubahan

Alhamdulillah, bertemu kembali dengan Ramadhan...
Alhamdulillah, bertemu kembali dengan blog aku yg aku hampir lupakan dan sia-siakan...
(Lepas ni tunggu lagi 8 bulan aku update lah hahaha)

Seperti mana yang sering diperkatakan
Ramadhan merupakan satu titik tolak untuk kita berubah
Kerana pada bulan ini
Ganjaran dilipat gandakan
Syaitan pula dibelenggu
Oleh itu kita punya satu motivasi dalam satu suasana yang cukup kondusif untuk 'break away from our norm'...
Kiranya norma-norma harian kita sebelum ini banyak laghanya,
Maka tibalah masa untuk kita kurang-kurangkan...
Kiranya norma-norma kita sebelum ini ada secebis amalan
Maka tibalah masa untuk kita timbun-timbunkan dan banyak-banyakkan...

Jom kita semak balik apa amalan-amalan yang boleh kita lipatgandakan...
Solat - pergi masjid sebelum azan, jamaah di masjid, solat sunat
Qiam - sementara bangun sahur setiap pagi, training solat sunat at least 2 rakaat sebelum sahur
Tadarus al-Quran - train baca 1 juz sehari, supaya lepas Ramadhan boleh buat at least 5 page sehari
Infaq - train sedekah rm50 untuk bulan ni kat palestin boleh buat ke? jom try test tengok...

Amalan-amalan yang boleh try kurangkan:
Tengok citer korea - sedar2 bahawa korea adalah most westernized asian country.. seks bebas merata-rata dan dilaporkan oleh kawan yg dah pergi korea - adegan2 ranjang sudah boleh ditayangkan di national television (cheist, macam kat barat la plak). Korang sepatutnya boleh perasan bila tonton citer2 korea memang dah menuju ke arah tu
Tengok movie atau drama bersiri - citer2 tu memang best tapi kenalah belajar kurang2kan (uhuhuhu) sebab kalau dah datangnya dari barat pasti ada unsur yang tidak sihat (betul tu!)
Tengok hiburan dari jepun - anime, drama, morning musume etc. - hm memang susah nak buang terus tabiat tu tapi kalau boleh kurangkan kita dah save banyak masa untuk buat kerja dakwah
Main game - alhamdulillah aku berjaya kikis sket tabiat ni sem ni. dulu masa sekolah agak gila game jugak aku ni hehehe. tapi bersyukur gak sebab dengan main game boleh belajar banyak ilmu yang tiada dalam buku teks. Contohnya main counter strike boleh berangan jadi mujahiddeen.. (eh aku ni nak promote ke nak tolong kurangkan)


hmm
rasanya tu je untuk entry kali ni...
jom amalkan
tak guna citer banyak tapi tak mau buat.
Bawak2lah sedar yang umur kita ni dah meningkat - dah nak keluar bekerja dan bergaul dengan masyarakat. kalau kahwen dah boleh jadi mak bapak orang dah... huh!
hidup tak panjang. banyakkan beramal.
Islam kian tertindas. March or Die!!...

Care to comment?


Saturday, 19-May-2007 02:59 Email | Share | | Bookmark
Adidas Traxion Firm Ground

Sori sangat-sangat sebab lama tak update fotopages aku nih...

kesibukan yg amat sangat menyebabkan dalam kepala otak aku cuma ada kerja dengan final UEFA Champions League hari rabu ni (Go Go Liverpool~!)

so gambar yang aku ada kali ni cuma berkaitan dengan football ajelah.
Gambar boot ni sebenanrnya aku gunakan untuk promosi kasut bola yg aku jual sebab tak pakai. Boleh klik untuk lihat gambar lebih besar dan jelas.
Kualiti gambar? entahlah macam takde kualiti je hahaha



In case korang berminat nak beli, sila visit link
http://www.lelong.com.my/Auc/List/2007-05DeStd6114353_AUCTION__9788_ADIDAS_Traxion_Firm_Ground_football_boots_SUPERB_9788.htm

Ok tu je
C u next time insya-Allah

c o m i n g s o o n m y n e w p h o t o p a g e s ! ! ! ! ! ! ! ! !

http://boolat.fotopages.com

Sun 15-Jul-2007 02:03
Posted by:boolat
salam salam salam sejahtera
anda baru sahaja menyertai KUIZ RAMADHAN KUKUBESI TRACKBACK, terima kasih atas sokongan, nama anda telah tersenarai sebagai calon pemenang tshirt FOTOGRAFIK KUKUBESI

nantikan tarikh pengumuman mohor besar raja-raja okey heehheheheh
Wed 26-Sep-2007 02:54
Posted by:kukubesi | EMPAYAR FOTOGRAFIK komunis@bintang3.net  - [Link]
nmpk sgt x ori..haha..jgn la tipu org.. Fri 28-Dec-2007 15:50
Posted by:pidut
View all 17 comments Add comment


Sunday, 15-Apr-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kembara Sarawak

Stadium Sarawak

Salam..
hahaha, tak sangka siri kembara budak-budak studio saya akhirnya berjaya mencecah kepulauan Borneo...
Lepas ni, terjah Nusantara pulak... hahaha..

Nway ni hanya preview sebab tak sempat nak update dan upload gambar banyak-banyak

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]
;

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.